Monday 27 January 2014

TONEXCEL UPDATED

Update perkembangan dan perancangan 2014:

1. Pertandingan "Kekal No Lama"
Sesiapa yang kekal no lama (buat port in) dari telco lain ke toneexcel dari 1/1/14 hingga 31/12/14 dan minimum jumlah topup keseluruhan dalam setahun adalah RM300, maka nama mereka layak dalam cabutan bertuah yang akan diadakan besar kemungkinan pada January 2015.

Hadiah Pertama : Proton Preve 1.6 Auto
Hadiah Kedua : Proton Persona 1.6 Auto
Hadiah Ketiga : Motorsikal SYM 200CC
Hadiah Saguhati : 10 unit 16Gb Ipad-Wifi Model.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda adalah pemenang cabutan bertuah tersebut, maka penaja anda secara automatik akan memenangi hadiah dibawah ini. Hadiah untuk penaja pemenang diatas adalah:

Hadiah Pertama : Cash sebanyak RM 25,000.00
Hadiah Kedua : Cash sebanyak RM 15,000.00
Hadiah Ketiga : Cash sebanyak RM 5,000.00
Hadiah Saguhati : 10 Cash sebanyak RM 1,000.00

Jadi jika anda menaja rakan2 baru, jangan lupa untuk menerangkan kelebihan jika mereka mengekalkan no lama dan peluang untuk memenangi cabutan bertuah ini. Tapi ingat, jangan paksa sesiapa pun untuk mengekalkan no lama, cuma terangkan peluang ini sahaja.

2. Bila topup dapat extra kredit.
Mulai 10.1.2014 sehingga kesuatu tarikh yang akan diberitahu, jika anda
topup RM30 dapat kredit RM40
topup RM50 dapat kredit RM70

Siapa nak bagi banyak ni, puas untuk anda bersembang dengan tunetalk, dan mendapat lebih nilai kredit. Bolehlah kita share kelebihan toneexcel ini kepada lebih ramai orang lain.

3. Sendiri topup, pun dapat komisyen - Cash Back.
Mulai 1.3.2014 kita sendiri topup dapat komsiyen sebanyak 3% yang akan dibank in kan setiap 21hb. Yang ini tak pernah mana2 kompany telco dalam dunia buat, anda topup kredit, 21hb depannya anda dapat cash sebanyak 3% yang akan dimasukkan kedalam bank anda. Tahniah ToneExcel !


4. Placement dalam geneology tidak boleh diubah.
Mulai 24/1/2, placement didalam geonology tidak boleh diubah lagi. Maksudnya kalau kita tersalah IDP semasa pendaftaran, maka ia tidak akan boleh diubah lagi. Kalau masih mahu downline tersebut register bawah kita, maknanya kena beli simkad lagi satu lah jawabnya dan register semula.

5. Update dari DEC
Mulai 1/1/2014 waktu DEC beroperasi adalah seperti berikut:

Waktu yang boleh anda SMS pendaftaran rakan baru adalah :
Bila-bila masa sahaja.

Waktu Pendaftaran di registerkan (key in):
Setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.
* Purata yang di daftarkan pada bulan Jan 2014 adalah 1,380 pendaftaran dalam sehari.
* Purata pendaftaran yang salah, (tanpa no simkad, tanpa IC, tanpa alamat, tanpa no IDP) adalah 320 SMS setiap hari.
* Purata menghantar SMS lebih dari sekali adalah 285 sehari.

Waktu Menjawab panggilan talipon.
Hari Isnin - Jumaat dari jam 10 pagi - 6 petang.
Hari Sabtu - dari jam 10 pagi - 2 petang.
Hari Ahad dan Public Holiday - Off phone. Jangan call DEC, confirm tak jawab.

Talian yang dibuka untuk pertanyaan adalah:
03-7770 9183
01115 08 1515
01115 09 1515
01115 12 1515
01115 13 1515
01115 14 1515

* Peringatan: Pertanyaan yang sepatutnya diajukan kepada DEC hanyalah berkenaan dengan pendaftaran sahaja. Ini contoh2 soalan yang akan dilayan secepat mungkin. Seperti:
a. No simkad adalah 80XXXXXX, tolong checkkan samada DEC ada terima atau tidak, sebab saya hantar lama tapi tiada reply.
b. No simkad saya adalah 80XXXXXX, minta tolong checkkan kenapa port in saya tak berjaya.

* Peringatan: Pertanyaan yang tak sepatutnya di tanya kepada DEC.
a. Ini DEC ke, tolong checkkan komisyen saya kenapa tak masuk.
b. Tolong betulkan IC pendaftaran saya, semalam saya salah bagikan IC.
c. Ini DEC, kenapa saya cal HQ banyak kali tak dapat?
d. Saya buat port in, tapi tak kekal, awak kata salah IC tak sama, kenapa DEC tak boleh betul kan dekat telco lama saya ke, bagi sama?
e. DEC ni makan gaji buta ke? saya hantar pendataran 12.30 mlm tadi, sampai pagi ni tak registerkan lagi?

* Data statistik untuk bulan January 2014 (sehingga 24.1.2014 - Jumaat)
a. Purata panggilan talipon yang diterima oleh DEC adalah 690 panggilan sehari.
b. Purata pertanyaan yang tiada sangkut paut dengan DEC adalah 550

Panggilan-panggilan seperti ini, dan SMS pendaftaran yang tidak lengkap merupakan penyebab pendaftaran menjadi lambat. Kerana staff DEC (seramai 15 orang), merekalah yang nak key in, mereka lah yang nak check dan tapis samaada SMS anda betul atau tidak, ikut format SMS atau tidak, dan merekalah yang nak jawab talipon dan menyelesaikan masalah pendaftaran anda.

6.  Sistem check status pendaftaran.
Mulai Mac 2014, saya akan menyiapkan satu sistem dimana anda boleh check status pendaftaran melalui website dan juga melalui SMS. Dengan sistem ini anda tidak perlu lagi nak call DEC untuk mengetahui status pendaftaran anda.

7. Satu bandar satu cawangan ToneExcel.
Pembukaan cawangan2 ToneExcel yang berobjektifkan "Satu bandar satu cawangan" akan disambung semula program penubuhannya pada bulan Febuary 2014.

Sekian Update dari saya.
Terima kasih kembali.

Mazelan Abas

No comments:

Post a Comment